More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi serah cek MRP sempena Program Ziarah UKAS di Sebuyau

    Datuk Julaihi serah cek MRP sempena Program Ziarah UKAS di Sebuyau

    SEBUYAU, 18 JULAI 2021 (SNN) : Seramai 50 penduduk melibatkan 13 buah kampung akan menerima bantuan makanan dan barangan kesihatan bersempena Program Ziarah UKAS di Sebuyau.

    Sombolik penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi bertempat di Dewan Baru Sebuyau kepada Ketua Kaum serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mewakili penerima yang tersenarai dalam golongan asnaf.

    Dalam pada itu, Datuk Julaihi turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada semua 19 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan sekolah menengah (SMK Sebuyau) serta beberapa jawatankuasa tempatan seperti persatuan silat dan JKKK. Sebanyak 50 jawatankuasa telah menerima geran bagi suku tahun pertama tahun ini bagi tujuan menjalankan program yang telah dirancangkan.

    Simbolik penyerahan cek kepada wakil setiap organisasi di kwasan DUN Sebuyau pada Sabtu

    Dianggarkan kesemua jumlah dana projek MRP yang diserahkan tersebut adalah bernilai RM212,000 bagi tujuan menggerakkan aktiviti organisasi bersama kaum masyarakat di kawasan DUN Sebuyau ini.

    Turut hadir sama Residen Bahagian Samarahan; Hj Brahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sebuyau; Ajis Ahmad, Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan; Asli Yahya dan Penghulu; Haji Abu Seman Suhaili.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...