More
    Home Isteri cedera ditikam suami sendiri

    Isteri cedera ditikam suami sendiri

    KUCHING, 10 JULAI 2021 (SNN) : Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai ditikam oleh suaminya sendiri di sebuah rumah di Jalan Tabuan sekitar jam 1.10 petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang merupakan isteri kepada suspek mengalami kecederaan di bahagian badan bagaimanapun masih dalam keadaan stabil dikejarkan ke hospital selepas ditikam oleh suami menggunakan sebilah pisau.

    Walau bagaimanapun, suspek kemudian bertindak menyerahkan diri secara sukarela di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sekitar jam 2 petang pada hari yang sama.

    Ujarnya, siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat spekulasi sendiri yang boleh mengganggu siasatan kes.

    Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabit kesalahan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...