More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi ucap tahniah program suntikan vaksin dos kedua PPV Sebuyau berjalan...

    Datuk Julaihi ucap tahniah program suntikan vaksin dos kedua PPV Sebuyau berjalan lancar

    SEBUYAU, 09 JULAI 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi mengucapkan tahniah di atas kelancaran Program Imunisasi Covid-19 bagi dos kedua yang berlangsung di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pembangunan Sebuyau sejak Isnin lalu.

    Tinjauan beliau bersama rombongan mendapati proses pemberian vaksin berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan yang mana melibatkan 3,000 dos vaksin dan akan berakhir pada Sabtu ini.

    Selain itu, beliau turut menyatakan PPV Sebuyau juga mendapat dos pertama tambahan untuk 1,800 penerima yang tercicir atau lambat mendaftar. Suntikan tersebut dijalankan serentak namun di saluran yang berbeza.

    Datuk Julaihi meninjau keadaan proses pemberian vaksin di PPV Sebuyau disni, hari ini.

    Jelas beliau, mewakili masyarakat di kawasan ADUN Sebuyau mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia@Klinik Kesihatan Sebuyau yang diketuai oleh Dr Azzahari Abdillah bersama barisan doktor lain serta Residen Bahagian Samarahan, Pegawai Perubatan Bahagian Samarahan, sukarelawan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau, Ajis Ahmad, kakitangan Pejabat Daerah Kecil sebuyau dan Pusat Khidmat DUN Sebuyau yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Johari says Sarawak’s self-funded devt drive presses on despite cancelled...

    0
    KUCHING (June 20): Past setbacks involving cancelled projects under earlier federal administrations did not deter Sarawak’s determination to continue its development agenda, said Premier...