KUALA LUMPUR, 24 JUN 2021 (SNN) : Pelumba muda negara, Nazim Azman yang mewakili Malaysia dalam perlumbaan EuroFormula Open Series di Litar Spa-Francorchamps berjaya mengibarkan bendera Malaysia di pentas dunia sebanyak tiga kali berturut-turut selepas menaiki podium dengan mendapat tempat ke dua di race 1 dan tempat kedua di race 2 serta kedudukan ketiga secara keseluruhan dipusingan ketiga.
Pencapaian beliau kali ini adalah suatu yang menakjubkan dan dianggap pencapaian terbaiknya selepas menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua bagi perlumbaan di Litar Portimao. Katanya, kejayaan yang dicapai itu menjadi pembakar semangat untuk meneruskam perlumbaan di Litar Hungagoring, Hungary yang dijadualkan akan berlangsung pada 17 Julai nanti.
Nazim, 20 tahun, mewakili pasukan Crypto Tower Racing berjaya menamatkan perlumbaan 1 (Race 1) dengan memperoleh kedudukan kedua di belakang rakan sepasukan dari Great Britain, Louis Foster manakala pada pusingan perlumbaan kedua dan ketiga pula menyaksikan beliau berjaya meraih kedudukan ketiga.
Sasaran utamanya ketika ini adalah untuk melakukan permulaan yang baik di Hungagoring nanti setelah melakukan permulaan yang kurang baik di Litar Paul Ricard sebelum ini. Sekaligus, harapannya dengan permulaan baik ini akan menjadi penyuntik untuk meraih kejayaan sekali lagi dan memperbaiki kedudukannya di EuroOpen Formula Series yang akan datang.
Jelas beliau, pencapaian yang dianggap terbaik untuk tahun ini membuatkan dirinya tidak sabar untuk menyertai perlumbaan seterusnya di Hungagoring, Hungary.