More
    Home Sarawak Limbang Bantuan Bakul Makanan BKSS lebih 2,000 penerima kumpulan pertama berjaya diagihkan.

    Bantuan Bakul Makanan BKSS lebih 2,000 penerima kumpulan pertama berjaya diagihkan.

    LIMBANG, 09 JUN 2021 (SNN) : Pengagihan Bekalan Bakul Makanan BKSS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota yang menggunakan kaedah ‘Point Of Delivery’ berjalan dengan lancar sejak hari pertama pada Ahad lalu.

    Pengagihan yang dibuat mengikut pecahan kumpulan bagi satu-satu tempat itu seterusnya diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memberikan ruang serta mengurangkan kesesakan ketika mengagihkan makanan di setiap kampung.

    Pada Ahad lalu, penyerahan Bakul Makanan BKSS di kawasan DUN Bukit Kota dipecahkan kepada dua kumpulan telah berjaya mengagihkan sejumlah 1,026 bakul makanan kepada 15 buah kampung manakala kumpulan ke dua berjaya mengagihkan sebanyak 431 bakul makanan kepada 12 buah kampung.

    Pada hari kedua pengagihan pula melibatkan kawasan di sepanjang Jalan Tujuh Batu Keliling dan Jalang Buangsidol dengan jumlah bakul makanan sebanyak 1,582 serta di Jalan Pandaruan merangkumi 5 buah kampung sebanyak 555 bakul makanan.

    Pengagihan bakul makanan yang turut dibantu Pusat Khidmat DUN Bukit Kota.

    Jelasnya, beberapa anggota pengiring turut digerakkan sebagai langkah sekiranya berlaku penerima yang tercicir daripada bantuan berkenaan dan akan diselesaikan dengan kadar segera oleh anggota berkenaan disamping sebagai pemantau sepanjang proses penyerahan bakul bantuan makanan.

    Turut hadir sama Walikota Majlis Daerah Limbang merangkap Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan DUN Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) terlibat.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan bekalan air akan disalurkan segera oleh LAK & JBALB sehingga...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2024 (SNN): Lembaga Air Kuching (LAK) dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan menggerakkan lapan buah lori tangki...