More
    Home Kerajaan Sarawak salurkan peruntukan tambahan untuk bantuan makanan

    Kerajaan Sarawak salurkan peruntukan tambahan untuk bantuan makanan

    KUCHING, 06 JUN 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM20.5 juta yang akan disalurkan sebagai bantuan makanan kepada rakyat di negeri ini yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara maya semalam berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersetuju untuk menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM15 juta menjadikan jumlah keseluruhannya RM35.5 juta disebabkan peningkatan jumlah penerima bantuan bekalan makanan di seluruh negeri.

    Beliau yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan bagi Program Bakul Makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Sarawak turut menjelaskan sebanyak RM5 juta lagi diperuntukkan untuk kos pengangkutan bekalan.

    “Jawatankuasa kecil telah memutuskan peruntukan tersebut akan disalurkan kepada setiap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) di seluruh negeri dengan kerjasama daripada pusat khidmat, ketua masyarakat, Jabatan Kebajikan, majlis tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    “Urusan agihan makanan itu kelak akan dibantu oleh pusat khidmat, agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR), jabatan bomba, polis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan NGO,” katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kecil berkenaan secara maya.

    Tambah beliau, jenis makanan yang akan diagihkan adalah ditentukan oleh JPBB masing-masing mengikut peruntukan diberikan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Turut hadir menyertai mesyuarat berkenaan adalah Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

    Datuk Julaihi turut mrnyertai mesyuarat secara maya di rumah beliau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan bekalan air akan disalurkan segera oleh LAK & JBALB sehingga...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2024 (SNN): Lembaga Air Kuching (LAK) dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan menggerakkan lapan buah lori tangki...