More
    Home Mayat pesakit Covid-19 dibuang ke dalam Sungai

    Mayat pesakit Covid-19 dibuang ke dalam Sungai

    LUCKNOW, 03 JUN 2021 (SNN) : Sebuah rakaman dan foto dikongsi di laman media baru-baru ini menunjukkan dua lelaki sedang membuang mayat pesakit Covid-19 ke dalam Sungai Rapti, Uttar Pradesh, India.

    Menurut laporan agensi berkenaan, rakaman berkaitan kejadian yang tular menunjukkan salah seorang lelaki terbabit memakai pakaian sut pelindungan diri (PPE) dilihat sedang membuang mayat pesakit Covid-19 dari sebuah jambatan di negeri Uttar Pradesh, India.

    Pihak polis mengesahkan mayat berkenaan adalah seorang pemuda berasal dari Shohratgadh Siddharathanagar yang dikenali sebagai Premnath dan telah dibuang sendiri oleh warisnya.

    Menurut pegawai perubatan di Balrampur, mangsa telah dimasukkan ke hospital pada 25 Mei yang lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia tiga hari kemudian. Mayat manga yang telah diserahkan kepada waris untuk dibakar namun terpaksa dibuang ke sungai.

    Ujarnya, Insiden berkenaan berlaku lebih kurang dua minggu selepas beberapa mayat yang disyaki pesakit Covid-19 dilihat terapung di beberapa sungai di Uttar Pradesh dan Bihar.-AGENSI.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...