More
    Home Penagih dadah ugut bunuh keluarga, polis terpaksa lepaskan tembakan

    Penagih dadah ugut bunuh keluarga, polis terpaksa lepaskan tembakan

    KUCHING, 01 JUN 2021 (SNN) : Seorang lelaki bertindak agresif ingin membunuh ahli keluarganya sendiri dengan membawa sebilah parang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah cedera selepas pihak polis terpaksa melepaskan tembakan di kedua belah kaki suspek di Jalan Besar Bako, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.30 pagi daripada orang awam yang meminta pihak polis untuk membantu saudaranya yang bersenjatakan parang sedang mengamuk dan ingin membunuh ahli keluarganya sendiri.

    “Bertindak atas laporan itu, dua buah kereta peronda polis diketuai oleh seorang pegawai kanan ke lokasi kejadian dan mula bertindak untuk memujuk suspek sejurus tiba.

    “Suspek bertindak menyerang jiran-jirannya semasa usaha memujuk dibuat dan dengan tiba-tiba meluru kearah polis sambil melibaskan parang sehingga memaksa pegawai kanan polis melepaskan tembakan ke arah kaki suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tambahnya, suspek yang cedera di kedua belah kaki itu kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

    Pihak polis tiba dilokasi bagi membantu meredakan suspek yang mengamuk

    Siasatan awal pihak polis juga mendapati bahawa suspek berusia 24 tahun itu dipengaruhi dadah dan memiliki tiga rekod lampau berkait dadah serta empat rekod jenayah harta benda.

    Tegasnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...