More
    Home Hina YDPA, Parti Keadilan nafi Iswardy mewakili suara parti

    Hina YDPA, Parti Keadilan nafi Iswardy mewakili suara parti

    KUCHING, 30 MEI 2021 (SNN) : Pimpinan KEADILAN mengambil maklum berkaitan sebuah video YouTube yang dimuatnaik seorang individu bernama Iswardy Morni yang didakwa telah menghina Yang DiPertuan Agong baru-baru ini.

    KEADILAN Sarawak menafikan Iswardy mempunyai apa-apa pangkat di dalam mana-mana cabang parti Pusat atau Sarawak bahkan beliau hanyalah seorang anggota biasa parti berdaftar itu.

    Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan KEADILAN menyebut, kenyataan-kenyataan Iswardy itu tidak sama sekali mewakili pendirian parti KEADILAN yang mana menjunjung dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti.

    Ucapan Iswardy di dalam video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincangkan di dalam Biro Politik KEADILAN, dan keputusan telah diambil seawal April lalu dengan memberi amaran keras kepada beliau. Pimpinan parti juga telah memberi amaran dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuklah memecat beliau sekiranya mengulangi perbuatan yang sama.

    Sejak semalam, isu video Iswardy yang menghina YDPA telah menjadi kes polis dan kini dalam siasatan Polis DiRaja Malaysia. KEADILAN kini maklum akan menunggu keputusan hasil siasatan tersebut dan akan mengenakan tindakan lanjut terhadap beliau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...