More
    Home Sarawak Sarikei Suami isteri maut, kereta bertembung dengan sebuah van

    Suami isteri maut, kereta bertembung dengan sebuah van

    BINTANGOR, 29 MEI 2021 (SNN) : Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Batu 8, Jalan KJD Sungai Mador, Sarikei, pagi tadi.

    Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin, kemalangan tersebut berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh suami mangsa bertembung dengan sebuah van kira-kira jam 10.20 pagi.

    “Sepasukan anggota bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam kereta dan tiga lagi di dalam van dengan bantuan orang ramai.

    “Mangsa pertama, Flora Ak Dayong hang merupakan seorang guru dilaporkan telah meninggal dunia ditempat kejadian setelah diperiksa oleh pasukan paramedik yang turut berada dilokasi manakala suaminya meninggal dunia pada jam 2.00 petang tadi ketika mendapat rawatan di Hospital Sarikei,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tambahnya, kedua-dua mangsa yang berumur 29 tahun itu berasal dari Rh. Anggota, Sg Merurun, Julau dan Betong.

    Jelasnya, kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan paramedik untuk menerima rawatan selanjutnya manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

    mangsa yang cedera di dalam van berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pasukan paramedik untuk tindakan seterusnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...