More
    Home Sarawak Limbang Banjir di Lawas 52 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Trusan

    Banjir di Lawas 52 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Trusan

    LAWAS, 21 MEI 2021 (SNN) : Hujan lebat sejak awal pagi semalam di beberapa kawasan Daerah Lawas telah menyebabkan banjir sehingga puluhan keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Trusan.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan beberapa buah kampung terjejas akibat air sungai melimpah masuk ke kawasan kampung iaitu Kampung Seberang Kedai, Kampung Senduyun Gelapas, Kampung Masjid Lama, Kampung Tengah dan beberapa kawasan rendah yang lain.

    Difahamkan hujan lebat yang berlaku sejak jam 4 pagi semalam hingga pukul 5 petang telah mengakibatkan kawasan rendah dinaiki air termasuklah landasan lapangan terbang Lawas turut terjejas dengan kesan lumpur tanah.

    Setakat hari ini seramai 52 orang mangsa melibatkan lebih 10 keluarga telah dipindahkan di PPS Dewan Masyarakat Trusan yang terdiri daripada penduduk Kampung Seberang Kedai, Kampung Sedunyun, Kampung Gelapas, Kampung Masjid Lama, Kampung Tengah, Kampung Balai, Kampung Suang, Kampung Dato Trusan, Kampung Long, Kampung Lubuk Abai, Kamlung Ranau dan Kampung Siang-Siang.

    Mangsa banjir ditempatkan di PPS sehingga air surut sepenuhnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...