More
    Home Sarawak Betong PKPD; Penduduk Kampung Hilir dan Tengah Beladin diminta jalani ujian saringan ekoran...

    PKPD; Penduduk Kampung Hilir dan Tengah Beladin diminta jalani ujian saringan ekoran kes positif terus meningkat

    BELADIN, 15 MAY 2021 (SNN) : Berikutan peningkatan kes dalam tempoh 14 hari jangkitan covid-19 di Kampung Beladin Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melalui Pejabat Kesihatan Bahagian Betong mengarahkan penduduk kampung menjalani ujian saringan covid-19 merangkumi Kampung Hilir Beladin dan Kampung Tengah Beladin.

    Setakat hari ini, terdapat 13 kes positif dilaporkan dalam kawasan Kluster Kampung Hilir Beladin menjadikan jumlah kes dalam tempoh 14 hari meningkat kepada 103 kes manakala hari ini jumlah kes discaj sebanyak 7 orang.

    Penduduk Kampung Beladin digesa untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan mematuhi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bagi memastikan tidak berlaku penularan wabak Covid-19 yang lebih serius.

    Ujian saringan ulangan dan baharu untuk penduduk di lokaliti yang disebutkan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...