More
    Home Sarawak Betong PKPD Kampung Hilir Beladin berkuatkuasa semalam berikutan kes positif terus meningkat

    PKPD Kampung Hilir Beladin berkuatkuasa semalam berikutan kes positif terus meningkat

    PUSA, 11 MEI 2021 (SNN) : Ekoran peningkatan kes positif covid-19 yang berlaku di kawasan Kampung Hilir Beladin, Pusa sejak awal Mei lalu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Hilir Beladin, Pusa bermula 10 Mei hingga 23 Mei 2021.

    Setakat semalam, laporan harian Covid-19 bagi daerah Pusa mencatatkan peningkatan sebanyak 15 kes positif baharu bagi Kluster Kampung Hilir Beladin yang menjadikan jumlah meningkat kepada 72 kes dalam tempoh 14 hari dari hari pertama kes indeks dikesan.

    Sejak pagi tadi, pihak polis telah memasang penghadang jalan yang meliputi kesemua jalan utama masuk ke kawasan Kampung Hilir Beladin bagi memastikan penularan wabak tidak berlaku ke kawasan yang lain dan diharapkan agar kesemua penduduk untuk terus kekal dirumah serta sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

    Pihak polis bersama RELA Kampung Beladin mula memasang penghadang jalan di jalan pintu masuk ke Kampung Hilir Beladin

    Untuk rekod, kesemua mereka yang telah disahkan positif bagaimanapun telah dirujuk ke Hospital Betong dan PKRC Hospital Betong untuk menerima rawatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...