More
    Home Sarawak Limbang Umat Islam perlu rebut peluang beramal sepanjang bulan Ramadhan-Datuk Amar Awang Tengah

    Umat Islam perlu rebut peluang beramal sepanjang bulan Ramadhan-Datuk Amar Awang Tengah

    LAWAS, 04 MEI 2021 (SNN) : Umat Islam khususnya di negeri ini disarankan agar merebut peluang untuk meningkatkan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan ini dimana pintu syurga dibentang seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, di bulan mulia inilah seharusnya kita gunakan peluang untuk mengimarahkannya dengan memperbanyakkan amal sedekah, membaca Al-Quran dan berbuat baik.

    “Kesempatan yang hanya datang sebulan sekali ini gunakanlah dengan sebaiknya dengan terus perpegang teguh kepada ajaran agama, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT serta memperbaiki akhlak serta peribadi kita.

    “Sekiranya kita dapat melakukannya, nescaya kita akan dapat atau dipermudahkan segala urusan serta cabaran hidup yang dihadapi setiap hari, ujar beliau semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Lembaga Amanah Khairat Islam Lawas kepada Pengerusi, Imam, Bilal Masjid dan Surau Daerah Lawas di Masjid Darul Ma’mur, Lawas pada Isnin.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari turut menegaskan, kita sebagai umat Islam untuk mencapai kejayaan dalam hidup perlulah meningkatkan ketaqwaan dan menerap akhlak tinggi yang mana ia akan menentukan keperibadian kita.

    Jelasnya, disamping meningkatkan amal ibadah kita perlu mempunyai ilmu supaya dapat menguruskan kehidupan seharian serta amal ibadah yang lebih baik serta berdakwah dengan ilmu yang ada.

    Turut hadir Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Dato Ubaidilah Abdul Latif, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pemanca Rosli Majid dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Lawas.SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...