More
    Home PKPD: Penduduk Kampung Sileng Dayak jalani ACD bermula Jumaat

    PKPD: Penduduk Kampung Sileng Dayak jalani ACD bermula Jumaat

    LUNDU, 24 APRIL 2021 (SNN) : Berikutan terdapat dua kes positif dikesan di Kampung Sileng Dayak, Lundu beberapa hari lalu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

    Sejak semalam seramai 316 orang penduduk kampung tersebut diperintahkan untuk menjalani Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) bagi mengesan kes-kes positif lain di dalam kawasan kampung berkenaan.

    Program yang berjalan dengan lancar serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan turut dihadiri dan dipantau oleh Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.

    Terdahulu, Kampung Sileng Dayak, Lundu di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dieprketatkan (PKPD) bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT attends Sarawak Hijrah year-end, new year prayer ceremony in Miri

    0
    MIRI (June 17): The Yang di-Pertua Negeri of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, accompanied by his wife, Toh Puan Datuk...