KUCHING, 21 APRIL 2021 (SNN) : Penganjuran Pameran Perkembangan Islam di Negeri Sarawak bermula pada 15 April lalu hingga 30 Jun 2021 oleh Pustaka Negeri Sarawak memberi ilmu pengetahuan berkenaan sejarah kedatangan Islam di negeri ini.
Melalui kenyataan medianya pada Isnin lalu, pameran berkenaan diadakan di Ruang Rujukan, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang yang turut boleh diakses oleh orang awam melalui saluran Youtube rasmi-PustakaSarawak.
Objektif pameran ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai sejarah bagaimana Islam mula bertapak di negeri ini serta tokoh-tokoh Islam yang berjuang berdakwah menyebarkan ajaran Islam sejak abad ke-14 lalu.
Penganjuran ini adalah terbuka untuk semua dan ianya adalah percuma.