More
    Home Sarawak Bintulu Polis menambah 4 lagi sekatan jalan raya di Bintulu

    Polis menambah 4 lagi sekatan jalan raya di Bintulu

    BINTULU, 18 APRIL 2021 (SNN) : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu memutuskan untuk menambah empat lagi sekatan jalan raya di Bahagian Bintulu ekoran peningkatan kes psoitif Covid-19 semakin meningkat.

    Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Supritenden Zulkipli Suhaili, pihaknya akan membuat empat sekatan jalan raya yang melibatkan lokasi di Jalan Sebiew, Jalan Tun Hussein Onn, Jalan Persimpangan Stadium Muhibbah dan Jalan Tanjung Batu.

    “Pelaksanaan sekatan jalan raya ini akan berkuatkuasa sehingga 27 April 2021 ini bertujuan bagi menghadkan pergerakan penduduk di sekitar kawasan bandar namun hal berkenaan tidak akan menghalang ibu-bapa daripada menghantar dan mengambil anak-anak mereka di sekolah atau sebarang urusan mustahak.

    “Hanya aktiviti melibatkan riadah dan membeli-belah tidak dibenarkan sepanjang operasi berkuatkuasa. Mereka hanya boleh ke tempat yang paling hampir di kawasan kediaman sebagai contohnya di Kidurong ada premis membeli barangan keperluan maka tidak perlulah mereka untuk kekuar ke kawasan bandar untuk membeli barangan keperluan,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai sekatan jalan raya dalam sidang media JPBB Bintulu di Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada Sabtu.

    Jelas beliau, arahan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bahagian Bintulu menghadkan pergerakan individu yang mana tidak boleh melebihi 10 kilometer dari jarak kediaman kecuali atas urusan kecemasan dan hanya dua individu dibenarkan dalam satu-satu kenderaan.

    Hadir sama Pengerusi JPBB Bintulu; Jack Aman Luat, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu; Dr. Melvin Chung Hsien Liang dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA); Muhammad Yakub Kari.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...