More
    Home Isu banjir Kampung Senadin Jaya akan selesai selepas projek pembinaan sistem peparitan...

    Isu banjir Kampung Senadin Jaya akan selesai selepas projek pembinaan sistem peparitan siap

    MIRI, 16 APRIL 2021(SNN) : Masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kampung Senadin Jaya, Miri setiap kali berlakunya hujan lebat akan diatasi dengan bermulanya projek pembinaan sistem peparitan di sepanjang kampung tersebut.

    Menurut Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Chia Kar Fung, projek pembinaan sistem peparitan berkenaan merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Piasau yang dikhususkan untuk Kampung Senadin Jaya dengan kos sebanyak RM200,000.

    Tambah beliau, projek sistem peparitan sepanjang 240 meter itu baru sahaja bermula dan menerusi pelaksanaannya nanti akan dapat menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di sini.

    Beliau berkata sedemikian semasa ditemui media ketika meninjau keadaan projek peparitan di Kampung Senadin Jaya pada Khamis.

    Turut hadir sama mengiringi Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Leslie Lau, Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Awang serta Ketua Kaum Senadin Jaya Ramah Hamdani.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Datuk Len sifatkan pembinaan Jambatan Batang Rajang pemacu infrastruktur dan ekonomi...

    0
    SARIKEI, 28 APRIL 2025: Pembangunan Jambatan Batang Rajang disifatkan sebagai pemangkin utama dalam merancakkan jaringan perhubungan dan ekonomi di Bahagian Tengah yang merangkumi Sarikei,...