More
    Home Pengimarahan Masjid dan Surau sepanjang bulan Ramadhan dibenarkan mengikut SOP PKPB -Unggah

    Pengimarahan Masjid dan Surau sepanjang bulan Ramadhan dibenarkan mengikut SOP PKPB -Unggah

    KUCHING, 10 APRIL 2021 (SNN) :Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawa telah bersetuju dan membenarkan umat Islam untuk menjalankan Program Pengimarahan Masjid dan Surau sepanjang bulan puasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

    Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Unggah Embas dalam sidang media harian Covid-19 petang semalam menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh JPBN adalah dengan mengambil kira garis panduan SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS) yang dikeluarkan pada 1 April lalu yang membolehkan umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa serta mengimarahkan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan.

    Mengulas lanjut berkenaan penganjuran majlis sosial pula, Unggah menegaskan agar setiap individu perlu merujuk kepada garis panduan yang telah dikeluarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana membenarkan serta menghadkan jumlah tetamu yang hadir bagi beberapa aktiviti dengan pengawasan daripada pihak berkuasa serta pengamalan SOP oleh pejabat daerah masing-masing.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...