More
    Home Penganjuran Bazaar Ramadhan tahun ini dibatalkan-DBKU

    Penganjuran Bazaar Ramadhan tahun ini dibatalkan-DBKU

    KUCHING, 07 APRIL 2021 (SNN) : Mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 yang berlaku di Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah memutuskan untuk membatalkan dan tidak meneruskan penganjuran Bazaar Ramadhan bagi kawasan Satok, Taman Semarak, dan Sukma Ria bagi tahun ini.

    Keputusan itu dibuat oleh pengarah DBKU atas faktor mengelakkan risiko berlakunya kontak rapat yang berkemungkinan cenderung berlakunya penularan wabak covid-19 sekaligus merencat usaha kerajaan untuk mencegah wabak ini sepenuhnya.

    Ujarnya, menjadi satu tanggungjawab bersama bagi membantu kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 dengan mematuhi segala Prosedur Operasi standard (SOP) dan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan. Tambahan pula, keadaan kes semasa harian di Kuching adalah sangat membimbangkan dengan pertambahan kluster komuniti akibat penganjuran majlis sosial.

    Terdahulu, pihak DBKU mengumumkan dalam satu sidang media untuk menganjurkan Bazaar Ramadhan di beberapa lokasi yang dinyatakan dengan perancangan serta pelan tapak bazaar mengikut SOP yang ketat namun keputusan itu terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan orang awam khususnya.

    Kenyataan media rasmi DBKU hari ini

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...