More
    Home Mayat mangsa serangan buaya ketika mandi di sungai ditemui

    Mayat mangsa serangan buaya ketika mandi di sungai ditemui

    MIRI, 03 APRIL 2021 (SNN) : Mayat seorang mangsa serangan buaya ketika sedang mandi di Sungai Peking Tinjau, Bakong telah dijumpai di sini pada pagi tadi.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak, mangsa, 38 tahun, dikatakan ditemui oleh penduduk kampung pada jam 10.30 pagi yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

    “Mayat mangsa dijumpai tidak jauh dari lokasi mangsa diserang sang bedal iaitu kira-kira 500 meter dari Pos Kawalan Bomba. Jasad mangsa yang masih dalam keadaan sempurna tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    “Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diketuai oleh PBK II, Luang Ganggang dengan kekuatan empat anggota ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.30 pagi susulan penemuan mayat mangsa terbabit,” kata kenyataan itu.

    Mayat mangsa yang ditemui diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

    Terdahulu, dalam insiden berkenaan mangsa dikatakan sedang mandi bersama-sama anaknya sebelum disambar oleh seekor buaya ketika anaknya naik ke darat mengambil baldi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...