More
    Home Mayat lelaki terjun dari Jambatan Satok ditemui pada hari ke tiga SAR

    Mayat lelaki terjun dari Jambatan Satok ditemui pada hari ke tiga SAR

    KUCHING, 28 MAC 2021 (SNN) : Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Satok pada Jumaat lalu berjaya ditemui pada hari ke tiga Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) sekitar jam 8.42 pagi tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, mayat mangsa, Mohammad Amiruk Syahlan Affendi, 27 tahun, ditemui kira-kira 300 meter dari jarak tempat beliau dipercayai terjun.

    Mayat mangsa telah diangkat keluar oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Sehubungan itu, operasi SAR yang masuk pada hari ke tiga ditamatkan sepenuhnya pada jam 9 pagi berikutan penemuan mayat mangsa.

    Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

    Terdahulu, mangsa dikatakan memberhentikan kenderaan jenis Proton Wira miliknya di atas jambatan sebelum bertindak memanjat pagar lalu terjun ke dalam sungai berkenaan. Mangsa yang cuba berenang hanyut dibawa arus deras sebelum tenggelam ke dalam sungai.

    Susulan dari kejadian itu, sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi bagi melakukan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang telahpun masuk pada hari ke tiga selepas tiada tanda-tanda penemuan kelibat mangsa pada hari pertama kejadian.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...