SEBUYAU, 19 MAC 2021 (SNN) : Projek pembinaan semula Dewan Serbaguna Kampung Lubok Manta, Sebuyau setakat ini berjalan lancar dan mengikut jadual pembinaan.
Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan meninjau keadaan projek berkenaan pada Khamis bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar.
Menurut beliau, projek bina semula dewan berkenaan adalah di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Sebuyau yang menelan kos sebanyak RM400,000 dan tinjauan kali ini memperlihatkan kerja-kerja pembinaan di bawah seliaan Syarikat Setia Jaya itu telah hampir siap 30 peratus.
Jelas beliau, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada awal Ogos tahun ini amat memuaskan dan pihak kontraktor yang bertanggungjawab juga melaksanakan projek mengikut jadual perancangan yang diberikan.-SUMBER UKAS.