KUCHING, 14 MAC 2021 (SNN) : Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) turun padang membantu seorang ibu tunggal buta bersama anaknya yang kehilangan tempat tinggal ekoran tidak mampu membayar sewa rumah kerana hilang punca pendapatan.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya terus melakukan rombongan melihat sendiri keadaan keluarga itu setelah mendapat aduan daripada orang awam yang memohon masalah dihadapi oleh Norlela Bujang dan anak-anaknya untuk dirujuk ke Laman Kasih.
“Untuk sementara waktu nasib keluarga itu yang dibantu oleh NGO yang prihatin dengan menempatkan mereka sementara waktu di sebuah rumah sewa di kawasan Satok. Dari pihak kami turut menyerahkan baucer pakaian seragam untuk anak-anak Norlela dan biasiswa tempatan serta tambang bas sekolah percuma daripada Yayasan Sarawak, bantuan alat persekolahan dan juga bantuak daripada Bank Rakyat.
“Dari pihak JKMS sendiri telah menghulurkan bantuan makanan keperluan harian termasuk bantuan kebajikan sebanyak RM350 sebulan dan baitulmal RM350 sebulan yang diterima tiga bulan sekali. Persatuan Hope Place dan Persatuan Pemilik 4×4 Sibu turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 dengan cara RM500 sebulan,” kata beliau ketika melawat tempat kediaman sementara Norlela Bujang di Satok baru-baru ini.
Ujar Fatimah, beliau berharap dengan adanya bantuan segera yang disampaikan dapat meringankan beban yang dipikul serta memberi kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup bagi menyara kehidupan anak-anak.-SUMBER UKAS.