More
    Home Sarawak Betong Arahan Sekatan Pergerakan di Kampung Beladin, Pusa berikutan peningkatan kes Covid-19 di...

    Arahan Sekatan Pergerakan di Kampung Beladin, Pusa berikutan peningkatan kes Covid-19 di Kluster Lorong Melor

    PUSA, 12 MAC 2021 (SNN) : Berikutan penularan wabak Covid-19 di kawasan Kampung Beladin, Pusa dan pengisytiharan Kluster Lorong Melor, Beladin oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) tiga hari lalu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Betong hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Sekatan Pergerakan keatas Kampung Beladin.

    Menerusi satu kenyataan media, keputusan melaksanakan sekatan pergerakan diambil atas faktor keselamatan dan mengekang penularan wabak berikutan kapasiti penduduk di kawasan itu agak padat. Oleh itu, JPBB Betong melaksanakan sekatan pergerakan bermula pada jam 6.00 hingga 6.00 pagi bermula hari ini hingga 31 Mac 2021 dengan melibatkan kawasan Kampung Hulu Beladin, Kampung Tengah Beladin, Kampung Hilir Beladin dan Rural Growth Centre (RGC) Beladin.

    Sebarang pergerakan di dalam kawasan tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali sepanjang tempoh sekatan pergerakan berkuatkuasa dan akan dipantau oleh pihak berkuasa serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...