More
    Home Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena air pasang besar diharap akan mengatasi masalah berkenaan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, projek bina semula pintu air ini adalah dilaksana di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Lingga Tahun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM150,000.

    “Pelaksanaan projek berkenaan bermula pada Disember 2020 dan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan iaitu pada penghujung bulan Februari 2021.

    “Selain itu, pembinaan pintu air yang diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman itu juga akan dilaksana di kawasan pasar Pekan Lingga iaitu Sungai Mak Wan yang juga sering berlaku banjir ketika hujan lebat dan air pasang besar,” katanya.

    Jelas beliau, dengan siapnya projek berkenaan diharap akan mengatasi masalah banjir yang sering berlaku dan juga projek-projek pembangunan yang lain seperti Waterfront Lingga, Lingga Service Centre, Dataran Pekan Lingga serta Jambatan Lingga dapat dilaksana tanpa gangguan daripada masalah banjir.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...