More
    Home Abang Johari akan menjadi individu pertama di Sarawak menerima suntikan vaksin Covid-19.

    Abang Johari akan menjadi individu pertama di Sarawak menerima suntikan vaksin Covid-19.

    KUCHING, 26 FEBRUARI 2021 (SNN) : YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg pada hari ini akan menerima suntikan vaksin Covid-19 dan mnejadi individu pertama di Sarawak menerima suntikan vaksin berkenaan.

    Beliau akan menerima suntikan berkenaan pada jam 3 petang ini di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching dan akan disiarkan secara langsung di laman media.

    Pada Khamis, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas telah melawat beberapa pusat pemberian vakain bagi memantau persiapan terakhir Program Imunisasi Covid-19 peringkat Negeri Sarawak bermula hari ini.

    Terdahulu, kerajaan negeri Sarawak mengumumkan tarikh pemberian vaksin peringkat negeri diawalkan satu hari iaitu 26 Februari 2021 yang pada asalnya dilakukan pada 27 Februari 2021 pada Sabtu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...