JULAU, 26 FEBRUARI 2021 (SNN) : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD) Julau menyerah bantuan makanan kepada 11 buah rumah panjang di kawasan Lijan, Julau pada Isnin.
Ekoran penularan wabak Covid-19 di kawasan berkenaan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas 11 rumah panjang berikutan jangkitan kes terus meningkat.
Misi penyerahan 482 pek makanan diagihkan kepada Rumah Genta 43 pek, Rumah Mamat 68 pek, Rumah Langan 107 pek, Rumah Runggul 51 pek, Rumah Ester 9 pek, Rumah serejim 49 pek, Rumah Jali 8 pek, Rumah Lunggek 63 pek, Rumah Hong Sing Sin 39 pek, Rumah Chat 34 pek dan rumah persendirian 11 pek.
Turut membantu dalam misi agihan berkenaan adalah Pusat Khidmat ADUN Meluan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Bintangor.-SUMBER UKAS.