SEBUYAU, 01 JANUARI 2021 (SNN) : Satu kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso-Sebuyau pada jam sekitar 3.05 petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di pangkalan feri sebelum mengerahkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dan Simunjan ke lokasi.
“Sepasukan bomba dari BBP Saratok dengan kekuatan 1 FRT dan EMRS dengan 7 anggota diketuai pleh PBK II KUP Yusuf B. Haji Jenamin dan sebuah Hilux serta bot penyelamat bersama 4 anggota dari BBP Simunjan diketuai oleh PBK II Trajudin dikerahkan ke lokasi.
“Menerusi video berdurasi 7 minit di laman sosial Facebook mendapati kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tambahnya, bantuan penafasan (CPR) terus dilakukan sebaik mangsa berjaya dikeluarkan di tebingan wharf feri berkenaan.
Dihafamkan, terdapat seorang bayi berusia 2 bulan dan kanak-kanak lelaki turut menjadi korban mangsa dalam kejadian itu. Salam takziah buat keluarga mangsa dari pihak SNN.