More
    Home Cukai dikecualikan, cuti diberikan dan tol percuma

    Cukai dikecualikan, cuti diberikan dan tol percuma

    Pekan, 8 Mei 2018 (SNN) – Presiden Barisan Nasional dalam ucapan khasnya pada jam 10 malam ini mengumumkan beberapa menifesto tambahan dijanjikan.

    Dalam ucapanya, beliau mengumumkan cuti peristiwa khas selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 14 dan 15 Mei 2018 yakni hari Isnin dan Selasa hadapan. Pemberian cuti ini adalah diberikan seandaianya Barisan Nasional berjaya mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan.

    Tawaran  kedua pula khusus kepada semua golongan muda belia negara yang berumur 26 tahun dan ke bawah. Barisan Nasional menjanjikan  pemberian pengecualian cukai pendapatan, bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta. Tambahnya lagi, cukai pendapatan yang telah pun dibayar pada tahun sebelumnya, akan dikembalikan semula kepada mereka.

    Ketiga, beliau menjanjikan pengecualian pembayaran tol lebuh raya bersempena dengan sambutan hari Raya Aidilfitri. Pengecualian berkenaan dikenakan untuk 5 hari iaitu 2 hari sebelum hari raya Aidilfitri dan 3 hari selepas hari raya Aidilfitri.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penganjuran Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri tonjolkan kualiti huffaz muda di...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 26 FEBRUARI 2025: Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak 1446H/2025M yang dianjurkan di Dewan Suarah, Kota Samarahan telah melabuhkan tirainya dengan pencapaian membanggakan,...