More
    Home KKM perlu lebih ramai sukarelawan bagi pasukan mobilisasi ke Sabah

    KKM perlu lebih ramai sukarelawan bagi pasukan mobilisasi ke Sabah

    KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2020 (SNN) : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan lebih ramai sukarelawan dalam pelbagai kategori dan skim perubatan bagi menambah mobilisasi pasukan bantuan ke negeri Sabah.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM setakat ini telah menggerakkan seramai 475 anggota perubatan dan kesihatan awam pelbagai kategori ke beberapa Daerah seperti Lahad Datu, Semporna, Tawau serta Kota Kinabalu bagi membantu pasukan perubatan menangani penularan Covid-19.

    “Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengekang penularan wabak covid-19 di Sabah sejak peningkatan kes itu berlaku disamping kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana juga harus dijaga.

    “Terima kasih diucapkan kepada semua barisan hadapan terutama pasukan kesihatan dan perubatan serta sukarelawan yang telah sama-sama membantu memerangi covid-19 di Malaysia setakat ini,” katanya semasa sidang media yang disiarkan di Facebook KKM semalam.

    Sukarelawan perubatan dan kesihatan diperlukan untuk tangani penularan covid-19

    Beliau turut menyeru agar akan ada lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk melibatkan diri membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga Covid-19 ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berpoetensi besar sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik

    0
    KUCHING, 19 APRIL 2025: Amalan dasar Sarawak yang berteraskan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu mendapat pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia...