More
    Home Sarawak Serian DBNA diamanah dokumentasi Tanah NCR Kaum Bidayuh

    DBNA diamanah dokumentasi Tanah NCR Kaum Bidayuh

    SERIAN, 10 OKTOBER 2020 (SNN) : Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) diberikan amanah untuk melaksanakan dokumentasi tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi kaum Bidayuh di Sarawak.

    Menteri Muda Pengangkutan Sarawak Datuk Dr. Jerip Susil berkata, setakat ini empat buah kampung telah dilakukan penyukatan dokumentasi individu oleh Jabatan Tanah dan Survei bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong untuk mengeluarkan surat hak milik tanah di bawah Kanun Tanah Negeri Seksyen 18.

    Beliau yang juga ADUN Mambong menjelaskan Kampung Seratau kini sudah membangun dengan baik dan kini fokus kepada pembangunan ekonomi melalui eko pelancongan dan agro pelancongan yang akan meliputi seluruh kawasan DUN Mambong.

    “Kawasan DUN Mambong kini diiktiraf sebagai kawasan ‘coffee belt’ yang akan dijadikan kawasan pertanian kopi sebagai tanaman utama dan kilang pengumpulan serta pemprosesan kopi juga akan diwujudkan di Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) Bayur,” katanya semasa hadir dalam Program Santai anjuran JKKK Kampung Seratau di Dewan Serbaguna Kampung Seratau pada Jumaat.

    ADUN Mambong melakukan lawatan di beberapa kawasan Kampung Seratau pada Jumaat.

    Terdahulu, beliau turut melakukan lawatan dan penyerahan kunci kepada pemilik rumah yang telah siap dibaikpulih melalui Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...