More
    Home Sarawak Betong Ramai belia Melayu ceburi bidang perniagaan bukti Melayu bukan bangsa pemalas

    Ramai belia Melayu ceburi bidang perniagaan bukti Melayu bukan bangsa pemalas

    PUSA, 23 OGOS 2020 (SNN) : Masyarakat Melayu sering kali dikaitkan dengan sikap pemalas dan memilih pekerjaan namun itu hanyalah sekadar stigma sesetengah individu yang tidak melihat secara holistik perubahan corak kehidupan masyarakat Melayu kini.

    Seiring dengan arus permodenan negara, dapat dilihat makin ramai anak muda terutama belia Melayu berani menceburi bidang perniagaan samada perniagaan secara atas talian mahupun membuka premis jualan secara kecil-kecilan.

    Sebagai contoh, di Daerah Pusa ramai belia Melayu di sana memulakan perniagaan sendiri seperti meniaga produk kecantikan, produk makanan, dan sebagainya. Walaupun tahu akan berdepan sebarang kemungkinan risiko namun itu merupakan cabaran dalam dunia perniagaan.

    Salah seorang belia dari Kampung Beladin telah menjalankan bisnes ‘burger’, minuman pelbagai perisa dan juga produk kecantikan sejak beliau berumur 18 tahun lagi. Beliau yang dikenali sebagai Amalina Zaidy menyahut cabaran usaha kerajaan yang inginkan ramai usahawan wanita untuk berani tampil membuka perniagaan sendiri.

    “Minat adalah faktor penting dalam usaha untuk memulakan sesuatu perniagaan disamping kita perlu melihat keupayaan produk yang hendak dijual,” katanya ketika di temu bual.

    Tambah beliau, strategi pemasaran juga penting kerana untuk melariskan produk serta mendapatkan keyakinan pelanggan yang akan datang membeli. Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang ini beliau memilih media sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Whatsapp’ untuk mengiklankan produk yang di niagakan.

    Gambar: Antara produk yang diniagakan dan salah satu medium pemasaran adalah laman sosial Facebook.

    “Pada awalnya, memang agak sedikit sambutan namun berkat usaha, doa dan sabar kini perniagaan saya dikenali lebih ramai orang bukan sahaja dalam kawasan kampung malahan luar dari kampung juga turut tidak melepaskan peluang mencuba produk jualan saya,” katanya lagi.

    Jelas beliau lagi, setiap perniagaan pasti ada pasang dan surut namun itu semua adalah cabaran dan pemangkin semangat untuk menambah baik lagi perniagaan. Mungkin itu merupakan kelemahan yang orang lain lihat jadi sebagai peniaga perlu perbaiki kekurangan tersebut.

    Dalam pada itu, pendapat yang sama juga dinyatakan oleh seorang lagi usahawan muda produk kecantikan dari Samarahan yang sempat di temu bual secara talian. Mereka yang dikenali sebagai Norlela dan Shahiz dalam dunia perniagaan kritikan itu tidak akan lari namun itu merupakan pembakar semangat untuk teruskan berniaga.

    “Kami dua beradik telah menjalankan perniagaan produk kecantikan secara atas talian ini sejak 4 tahun yang lalu.

    Antara produk kecantikan yang diusahakan oleh dua beradik dari Samarahan, Sarawak

    “Cabaran paling susah berniaga secara atas talian adalah untuk mendapatkan keyakinan pelanggan. Namun berkat daripada tidak mudah putus asa mendorong kami untuk teruskan meniaga sehingga kini keuntungan yang diperolehi agak memuaskan serta pelanggan tetap makin bertambah,” ujar mereka ketika di hubungi.

    Jelasnya, mengusahakan sesuatu perniagaan memang memerlukan kesabaran dan minat yang tinggi kerana tanpa dua elemen tersebut yakin perniagaan itu tidak akan kekal lama. Zaman sekarang ini tidak lagi perlu untuk menunggu panggilan kerja tetapi pelbagai cara boleh dilakukan untuk memajukan diri dan keluarga salah satunya adalah dengan meniaga.

    Perniagaan itu merupakan satu usaha baik kerana itu merupakan salah satu sunnah sepertimana Nabi Muhammad S.A.W pada usia muda Baginda telah berdagang atau meniaga. Sikap malas dan memilih itu perlu diketepikan sekiranya hendak berjaya dan mengubah nasib diri untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...