BAU, 16 OGOS 2020 (SNN) : Seorang lelaki tempatan ditemui tergantung di sebatang pokok oleh orang awam berhampiran dengan bangunan pasar raya Jun Rong, pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam sekitar jam 7.15 pagi.
Susulan itu jelasnya, sepasukan anggota peronda kereta polis (MPV) Bau telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan lanjut.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan, 48 tahun, yang beralamat di Kampung Seromah, Bau, Sarawak.
“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan dari Hospital Bau,” jelasnya dalam satu kenyataan media.
Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan siasatan lanjut.

Ujarnya kes kini masih dalam siasatan dan di klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).-Niza.