More
    Home Sarawak Serian Menghidupkan syiar Islam dengan aktiviti Tilawah Al-Quran

    Menghidupkan syiar Islam dengan aktiviti Tilawah Al-Quran

    SERIAN, 15 OGOS 2020 (SNN) : Anjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian yang diadakan di Hotel Roxy Serian oleh Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Serian dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) menghidupkan syiar Islam dengan memupuk masyarakat membudayakan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.

    Majlis yang berlangsung pada Jumaat itu telah menyaksikan peserta Wan Jamaludin Wan Sait dinobatkan sebagai Qari bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian dengan membawa hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 serta piala iringan dan sijil penyertaan.

    Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing di sandang oleh Wan Muhadzdzibbi Wan Habib dan Azri Deli dengan hadiah wang tunai sebanyak RM700 dan RM500.

    Sementara itu, bagi kategori Qariah, juara disandang oleh saudari Fatin Nurain Ripot dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta piala iringan dan sijil penyertaan.

    Naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Suraya Ibrahim (RM700) dan Nur Zulaikha Ripot (RM500).

    Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Agama Islam Bahagian Serian, Ustaz Morshidi July.

    Peserta Tilawah kategori Qari Tilawah Al-Quran

    Diharapkan anjuran sebegini terus dilaksanakan bagi memupuk budaya cinta akan membaca Al-Quran disamping menyahut tuntutan agama dalam menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...