More
    Home Sarawak Samarahan Cadangan mewujudkan Arena E-Sport di Kota Samarahan akan merancakkan lagi ekonomi digital

    Cadangan mewujudkan Arena E-Sport di Kota Samarahan akan merancakkan lagi ekonomi digital

    KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2020 (SNN) : Cadangan untuk mewujudkan Arena E-Sport di Kota Samarahan amatlah sesuai kerana dengan keadaan demografi penduduknya terdiri daripada para pelajar universiti, golongan profesional perkhidmatan awam dan swasta.

    Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata kawasan itu kini diwakili oleh golongan belia dengan peratusan 56 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi di parlimen tersebut.

    “Kota Samarahan turut berpotensi untuk menjadi Hub Ekonomi Digital pada ketika ini,” katanya semasa perbahasan Titah Yang DiPertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Justeru, Rubiah percaya bahawa kerajaan boleh mempertimbangkan Kota Samarahan sebagai ‘new strategic location’ untuk memperkembangkan penggunaan digital ekonomi khsusnya bagi melahirkan usahawan-usahawan dalam kalangan belia menggunakan pendekatan baharu.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di kedudukan yang kukuh pimpin tangani isu perubahan iklim

    0
    KUCHING, 23 JANUARI 2025: Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin dalam menangani perubahan iklim, dipandu oleh komitmen terhadap pembangunan lestari dan pelepasan...