More
    Home Pembantahan ke atas penukaran status Hagia Sophia bukti masih wujud Islamofobia- Hadi...

    Pembantahan ke atas penukaran status Hagia Sophia bukti masih wujud Islamofobia- Hadi Awang

    KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2020 (SNN) : Baru-baru ini kerajaan Negara Turki di bawah pimpinan Presiden Racep Tayyip Erdogan mengisytiharkan muzium Hagia Sophia ditukarkan dan diubahsuai semula menjadi sebuah masjid. Namun penukaran status itu mendapat bantahan dari beberapa negara di Barat dengan memprotes keputusan yang dibuat oleh kerajaan Turki.

    “Sikap itu menunjukkan bahawa sesetengah negara Barat masih dibelengu dengan elemen Islamofobia,” kata Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Dalam satu kenyataan Abdul Hadi menjelaskan sikap yang ditunjukkan mereka itu mengelirukan kerana apakah alasan kukuh bagi negara-negara Barat di seluruh dunia memprotes keputusan yang diambil oleh kerajaan Turki keatas proses penukaran itu.

    Gambar: Hagia Sophia dahulunya sebuah muzium telah bertukar status kepada masjid bagi umat Islam.

    Tambahnya, negara-negara Barat mengambil sikap mengunci mulut berkenaan isu rampasan masjid disekitar kawasan Timur Tengah akan tetapi dengan berani mengkritik pengumuman baharu mengenai Hagia Sophia itu.

    “Mereka tetap berdiam diri keatas kekejaman rejim Zionis yang merancang untuk merampas dan merobohkan masjid Al-Aqsa yang dahulunya adalah kiblat pertama(arah solat) bagi umat Islam,” katanya lagi.

    Ujarnya lagi, ribuan masjid orang Islam turut dimusnahkan dan dirampas di sekitar Sepanyol, termasuklah di Cordoba dan India.

    Presiden Turki baru-baru ini mengumumkan penukaran status Hagia Sophia setelah mahkamah membatalkan status muzium di tapak tersebut.-BERNAMA. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...