More
    Home Lain-lain I-Suri : Kerajaan Sarawak sedia sumbang tambahan caruman RM60 ringgit setahun-Fatimah

    I-Suri : Kerajaan Sarawak sedia sumbang tambahan caruman RM60 ringgit setahun-Fatimah

    KUCHING, 07 JULAI (SNN) : Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kerajaan negeri akan memberi bantuan sebanyak RM60.00 setahun, sebagai caruman penambahan kepada RM480.00 yang merupakan insentif khas daripada Kerajaan Persekutuan, menjadikan jumlah sebanyak RM450.00 bagi setiap pencarum.

    “Sebelum ini caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya terikat kepada individu yang mempunyai pekerjaan sahaja, namun kini KWSP mempunyai tanggungjawab sosial memastikan semua masyarakat tidak terkecuali,” katanya semasa kunjungan hormat Ketua Negeri KWSP Sarawak, Hj Halim Boweng di pejabat beliau semalam.

    Fatimah (tengah) dalam sidang media di pejabatnya menerangkan manfaat I-suri

    Ujarnya lagi, antara kelayakan yang boleh memohon I-Suri ialah, warganegara Malaysia, ahli KWSP, belum mencapai umur 60 tahun, isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR), KIR wanita berstatus balu,nujang atau bercerai dan berdaftar dengan e-kasih.

    Ujarnya, Fatimah menyeru agar Ketua daerah, kaum dan kampung-kampung dapat menghebahkan maklumat mengenai pendaftaran ini supaya masyarakat tidak terlepas daripada manfaat tersebut.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program MCMC Microsoft AI TECH fokus lahirkan rakyat Malaysia celik teknologi...

    0
    KUCHING, 27 APRIL 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak komited dalam menunjukkan komitmennya dalam memacu transformasi digital menerusi Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 dengan menjadikan ekonomi...