More
    Home Lain-lain Rohani Karim lawat projek pertanian di Sri Aman

    Rohani Karim lawat projek pertanian di Sri Aman

    SRI AMAN 30 JUN 2020 (SNN) : Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim melakukan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Pertanian dan Penternakan di Bahagian Sri Aman hari ini.

    Beliau diiringi Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai telah melakukan lawatan ke beberapa tempat iaitu Projek Ternakan Kambing di kampung Baor, Tanhung Bijat, Projek Ternakan Itik iaitu produk telur masin dan tapak projek Penanaman Sayur Fertigasi (SPH), Cili Fertigasi (SPH) tanaman Sayur Sistem Jejaring di Rumah Nyuin, Tawang Tengah.

    Gambar : Rohani diiring Residen meninjau projek ternakan kambing hari ini

    Ujarnya, projek pembangunan pertanian tersebut bertujuan bagi menambah pendapatan peserta yang terlibat dalam sektor pertanian. Projek SPH ini akan menjadi perintis kepada projek pertanian yang lain di kawasan Parlimen Batang Lupar. -Sumber Ukas. Dilaporkan oleh Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...