More
    Home Sarawak Samarahan UNIMAS Anjur Pameran Inovasi Kurikulum dan Keterlibatan Pelajar (CILEx) 2019 Buat Julung...

    UNIMAS Anjur Pameran Inovasi Kurikulum dan Keterlibatan Pelajar (CILEx) 2019 Buat Julung Kalinya

    Kota Samarahan, 7 November 2019 (SNN) :  Bertemakan Nurturing Future Graduates buat julung- julung kalinya UNIMAS telah menganjurkan program UNIMAS Curriculum Innovation and Learner Engagement Exhibition (CILEx) 2019 yang telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) dan Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) bertempat di Detar, Unimas.

    Buat pertama kalinya program seperti ini telah dianjurkan oleh PPPA dan BJKA dengan matlamat untuk menyediakan platform pertukaran idea untuk membangunkan kurikulum yang berinovasi antara ahli fakulti dan pelajar sebagai perekabentuk kurikulum dan memformulasikan sinergi antara kaedah pengajaran dan keterlibatan pelajar.

    Sebanyak 42 kumpulan pelajar terlibat dalam pertandingan ‘How Do I Learn Best?’. Manakala 16 program terlibat dalam penyertaan Kategori Kurikulum Inovatif dalam CILEx 2019 kali ini.

    Program yang berlangsung sehari ini telah dimulakan dengan Sesi Plenari: “Curriculum Transformation and Nurturing Future Graduates” dengan penceramah jemputan YBhg Prof. Dr. Abd Karim Bin Alias, Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik, USM pada sesi pagi. 

    Ianya diikuti oleh Forum: Sinergi Antara Ahli Akademik, Industri Dan Pelajar dengan ahli forum terdiri daripada Prof. Madya Dr. Fitri Suraya Binti Mohamad Hapni Joblie, pensyarah Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, En. Mohammad Alfian Bin Yusop, Syarikat Almas (Alumni UNIMAS) dan Ahmad Izzat Zairimi Bin Kamarudin, Pelajar Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia. Moderator Forum ialah Dr Hamimah Bt Ujir, Pengarah BJKA.

    Forum: Sinergi Antara Ahli Akademik, Industri Dan Pelajar
    Fakulti Alam Bina antara fakulti yang turut mengambil bahagian dalam CILEx 2019

    Dalam program ini, salah satu kategori yang dipertandingkan adalah untuk pelajar iaitu ‘How Do I Learn Best?’ telah diadakan. Dalam pertandingan ini, pelajar telah diberikan peluang untuk mencadangkan idea bernas untuk mencipta suasana dan strategi pembelajaran terbaik, serta aplikasi dan teknologi yang boleh digunakan untuk memaksimumkan pengalaman pembelajaran mereka.

    Pertandingan How do I learn Best telah mendapat sambutan dengan 95 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan ini. Peaching Pertandingan How do I learn Best? dan penjurian pameran telah dibuat selepas forum selesai pada 10.30 pagi.

    Melalui pertandingan ini, pensyarah dan pereka kurikulum institusi pengajian tinggi memperolehi manfaat dan mendapat maklum balas yang amat bernilai bagi penambahbaikan kualiti berterusan dalam program akademik mereka.

    Para pelajar yang terlibat dalam pertandingan ‘How Do I Learn Best?’

    UNIMAS juga menekankan High Impact Educational Practices (HIEPs) iaitu amalan pendidikan berimpak tinggi yang berupaya menjadi pemangkin kepada pensyarah dan pelajar dalam mendepani cabaran terkini dalam sistem pendidikan tinggi serta perkembangan pesat dalam era Revolusi Industri 4.0.

    Pada sesi sebelah petang pula telah berlangsung Majlis Penutupan Perasmian CILEx oleh YBhg. Naib Canselor UNIMAS yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datu Prof Mohd. Fadzil Abd. Rahman. Majlis juga dimeriahkan dengan sokongan dan kehadiran Majlis Dekan, pensyarah fakulti, peserta pertandingan, wakil pameran fakulti, AJK CILEx, AJK Pelajar CILEX dan pihak media.

    Berikut merupakan senarai pemenang bagi CILEx 2019:

    Pertandingan How Do I Learn Best?
    Tempat Pertama: MedGeeks (FPSK)
    Tempat Kedua: International Relation (FSSK)
    Tempat Ketiga: ZILLA (FSGK)

    Kategori Kurikulum Pengajian Inovatif (EMAS)
    1. Sarjana Sains Sekitaran (SLUSE) FSTS dan Sarjana Pengurusan Alam Sekitar (SLUSE) FSSK
    2. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan) FSTS
    3. Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Sivil)
    4. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kimia Sumber) FSTS

    Kategori Kurikulum Pengajian Inovatif (PERAK)
    1. Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka) FSGK
    2. Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian FSKPM
    3. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Khidmat Sosial) FSSK
    4. Sarjana Muda Senibina FAB

    Kategori Kurikulum Pengajian Inovatif (GANGSA)
    1. Sarjana Muda Linguistik FBK

    2. Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan) FSSK
    3. Doktor Perubatan FPSK
    4. Sains Sosial dengan Kepujian (Perancangan dan Pengurusan Pembangunan) FSSK

    Pemenang Kategori Inisiatif Terbaik Fakulti untuk Kurikulum Program Pengajian Inovatif pula adalah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS)

    Dekan FSSK, AP Dr Nelson Ilan Mersat bergambar bersama pemenang dari FSSK di booth pameran mereka
    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datu Prof Mohd. Fadzil Abd. Rahman menyampaikan hadiah kepada pelajar yang memenangi Pertandingan How Do I Learn Best?

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Umat Islam diseru tingkatkan kefahaman tentang Islam terutama berdepan cabaran media...

    0
    LIMBANG, 30 APRIL 2024: Umat Islam khususnya di Daerah Limbang perlu meningkatkan kefahaman tentang ajaran Islam terutama ketika berdepan cabaran media sosial tanpa batas...