More
    Home Zakat Fitrah Sarawak Tahun 2019 Pada Kadar RM7.00 Seorang

    Zakat Fitrah Sarawak Tahun 2019 Pada Kadar RM7.00 Seorang

    KUCHING, 06 Mei 2019 (SNN)– Zakat fitrah bagi umat Islam di Sarawak pada tahun ini telah ditetapkan pada nilai RM7.00 seorang.

    Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie berkata nilai ini berdasarkan kepada purata nilai jenis beras yang dimakan oleh kebanyakan masyarakat Islam di negeri ini.

    “Kadar Zakat Fitrah bagi umat Islam di Sarawak pada tahun 2019M/1440H ialah pada nilai RM7.00 seorang.  Kadar ini ditentukan berdasarkan kepada purata nilai jenis beras yang dimakan oleh kebanyakan masyarakat Islam di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Datu Haji Abang Mohd Shibli turut menasihatkan masyarakat Islam supaya membayar Zakat Fitrah masing-masing dan tanggungan mereka kepada amil yang ditauliahkan Majlis Islam Sarawak (MIS).

    “Masyarakat Islam dinasihatkan untuk membayar Zakat Fitrah masing-masing dan juga tanggungan mereka kepada Amil Zakat Fitrah yang telah ditauliahkan oleh MIS atau di semua kaunter Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang berdekatan,” tambahnya. 

    Beliau turut menyeru umat Islam yang telah memenuhi syarat-syarat menunaikan kewajipan Zakat Harta (Zakat Wang Simpanan, Saham, Pendapatan, KWSP, Emas/Perak, Perniagaan, Ternakan, Tanaman), boleh menyempurnakan kefardhuan itu di kaunter Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) atau agen kutipan Zakat TBS.

    “Umat Islam boleh membayar Zakat Harta mereka di kaunter TBS atau agen kutipan Zakat TBS seperti RHB Bank, CIMB Islamic Berhad, Ambank, Public Bank, Agro Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, Maybank, HSBC Bank dan Pos Malaysia di seluruh Negeri Sarawak,” katanya.

    Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang terdekat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Umat Islam diseru tingkatkan kefahaman tentang Islam terutama berdepan cabaran media...

    0
    LIMBANG, 30 APRIL 2024: Umat Islam khususnya di Daerah Limbang perlu meningkatkan kefahaman tentang ajaran Islam terutama ketika berdepan cabaran media sosial tanpa batas...