More
    Home Pengarang dan Penulis Sarawak dan Sabah Disaran Jadikan Falsafah “Kesatuan Dalam Kepelbagaian”...

    Pengarang dan Penulis Sarawak dan Sabah Disaran Jadikan Falsafah “Kesatuan Dalam Kepelbagaian” Sebagai Asas Penghasilan Karya

    MIRI, 30 April 2019 (SNN)- Pengarang dan penulis Sarawak dan Sabah harus menjadikan falsafah ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ sebagai asas menghasilkan dan mencipta karya-karya sastera yang dapat merangsang tumbuhnya kerukunan dan kesatuan dalam kalangan masyarakat negara ini.

    Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Abang Patdeli Abang Muhi berkata, karya sastera harus menzahirkan sejarah serta semangat pembentukan negara sejajar dengan prinsip Rukun Negara.

    Beliau berkata, pengarang dan penulis Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum berbeza pandangan, budaya, bahasa, kepercayaan dan agama, hendaklah menghasilkan karya sastera dapat mencipta kembali sejarah, watak dan peristiwa menjadi asas pembentukan negara.

    “Semua ini tidak harus dilupakan oleh pengarang kini kerana bangsa tidak menghormati sejarahnya, leluhurnya dan pemikirnya bukan sahaja bangsa cetek kewujudannya tetapi singkat ilmu dan wawasan. Segala perbezaan pandangan, orientasi, idealisme, bahasa, budaya, kepercayaan dan agama pelbagai itu harus diraikan dan menjadi sumber ilmu ilham utama menghasilkan dan mencipta karya sastera menyatukan masyarakat di negara ini,” katanya pada ucap tama Simposium Penulis Sabah dan Sarawak 2019 di Pustaka Negeri Sarawak Miri semalam.

    Beliau berkata, ini tidak bermakna seseorang pengarang itu tidak bebas berkarya atau berekspresi namun mereka mempunyai tanggungjawab memastikan setiap karya mereka  tidak menyinggung sentimen perkauman, kebudayaan dan keagamaan sehingga mencetuskan perbalahan kaum.

    Mengenai simposium itu, beliau berharap ia dapat membantu penulis dan pengarang khususnya kedua-dua negeri itu melahirkan karya sastera berwibawa yang dapat memperkukuh kehidupan bermasyarakat lebih harmoni.

    Turut diadakan sesi perkongsian ilmu oleh Profesor Madya Dr Ramzah Dambul, William Chan, Datuk Mohd Ariffin Arif dan Poul Nanggang. Antara moderator menjayakan sesi itu ialah Abdul Rasid Subet, Aminah Awang Basar dan Shamsul Idzam Jamil.

    Sementara itu, kira-kira 100 peserta mengambil bahagian pada simposium anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan Pustaka Negeri Sarawak, Miri. Penulis dari Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunei Darussalam termasuk guru-guru pelatih dan pelajar-pelajar sekolah menengah turut hadir.

    Ketua I PUTERA Zainal Abidin Suhaili atau nama penanya Abizai berkata simposium ini bagi mengiktiraf dan memperkenal karyawan pelbagai kaum kepada khalayak pada peringkat setempat dan kebangsaan. Katanya, ia diharap dapat mengerat dan mengukuhkan perpaduan kaum seterusnya memekarkan perasaan cinta keharmonian bangsa di negara ini. Hadir sama Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak Miri Salina Zawawi.

    Antara sebahagian buku-buku yang dipamer dan dijual pada Simposium Penulis Sabah dan Sarawak 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...