More
    Home Lain-lain Masyarakat Islam Disaran Sesuaikan Konsep Dakwah Dengan Perubahan Teknologi

    Masyarakat Islam Disaran Sesuaikan Konsep Dakwah Dengan Perubahan Teknologi

    KUCHING, 19 April  2019 (SNN)- Masyarakat Islam disaran sesuaikan konsep dakwah dengan perubahan teknologi. Pendekatan dakwah di Sarawak tidak boleh lagi menggunakan kaedah konvensional sebaliknya perlu berubah mengikut peredaran masa. Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ledakan teknologi yang berlaku sekarang boleh dijadikan sebagai medium untuk menceritakan tentang kebaikan Islam.

    Menurutnya, setiap umat Islam di negeri ini tidak boleh bergantung kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk berdakwah sebaliknya mereka juga berperanan dalam menyebarkan syiar Islam. “Kita sekarang dikelilingi dengan kemodenan seperti internet dan ia berubah setiap masa. Jadi kita juga perlu bijak menggunakan teknologi ini untuk menyampaikan perkara yang baik berkenaan Islam,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap menangguhkan Kolokium Dakwah dan Kepimpinan Islam bersempena Sambutan Ulangtahun Ke-50 Bina-Hikmah di sini, semalam. Bagaimanapun Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, pendekatan dakwah di Sarawak berbeza kerana negeri ini mempunyai komposisi masyarakat yang berpegang teguh kepada sensitiviti agama.

    “Penerima masyarakat lain terhadap umat Islam amat baik dan kita sentiasa dipandang tinggi kerana kita mengamalkan toleransi tinggi,” ujarnya.

    Beliau turut menggesa badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Sarawak supaya sentiasa mencari pendekatan terkini agar dakwah yang dilaksana sentiasa relevan dan bersesuaian untuk tempoh 50 tahun akan datang. “Perhimpunan ilmu seperti kolokium antara langkah terbaik untuk memastikan pendekatan dakwah kita terus diterima,” jelasnya.

    Dr Abdul Rahman Junaidi ketika berucap menangguhkan Kolokium Dakwah dan Kepimpinan Islam bersempena Sambutan Ulangtahun Ke-50 Bina-Hikmah

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...