MELAKA (13 JULAI): Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sekali lagi mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian “Most Sustainable Energy Management Practices Awards by a Higher Education Institution”.
Pengiktirafan ini menjadikan UTeM sebagai universiti paling konsisten meraih anugerah tenaga lestari di Malaysia dan Asia Tenggara. Naib Canselor, Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin, menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti komitmen warga UTeM dalam memperkukuh budaya inovasi dan kelestarian.
Sejak 2021, UTeM telah mengumpul lima anugerah utama melalui National Energy Awards (NEA) dan ASEAN Energy Awards (AEA), termasuk kejayaan berganda dalam kategori Energy Management in Large Building.
Kejayaan ini dipacu oleh Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi) menerusi sistem pengurusan tenaga berasaskan IoT, Building Management System (BMS) dan matriks dalaman MaPTeP.
Massila menegaskan, pengiktirafan MBOR menjadi pemangkin untuk UTeM terus melahirkan inovasi hijau, memperkukuh agenda kampus rendah karbon dan kekal sebagai rujukan utama dalam pengurusan tenaga lestari. Sumber: Harian Metro



