More
    Home Sarawak Program Sarawakku Sayang (SKS) Singgah di Sibu

    Program Sarawakku Sayang (SKS) Singgah di Sibu

    SIBU (10 Julai): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Sibu petang tadi bersama konvoi motosikal dari Jambatan Batang Lupar 1, menandakan bermulanya Program Sarawakku Sayang (SKS) Peringkat Bahagian Sibu. Program tiga hari itu berlangsung dari 11 hingga 12 Julai.

    Berteraskan konsep One Stop Centre, SKS menghimpunkan 47 agensi kerajaan dengan 158 kaunter di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang. Antara perkhidmatan ditawarkan ialah bantuan kebajikan, permohonan SKAS, Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), peluang pekerjaan melalui JobSarawak, pemeriksaan kesihatan dan khidmat kaunseling.

    Program turut menampilkan Sarawak Pavilion serta Sibu Kitchen & Sales sebagai platform usahawan tempatan. Aktiviti sampingan termasuk Malam Budaya Sarawak pada 10 Julai, majlis perasmian oleh Premier Sarawak pada 11 Julai jam 10.30 pagi, dan Konsert Rakyat pada sebelah malam.

    Selepas Sibu, jelajah SKS akan diteruskan ke Sarikei (7–9 Ogos), Mukah (28–30 Ogos) dan Betong (4–6 September). Turut hadir mengiringi Premier ialah Datuk Ir Aidel Lariwoo dan Datuk Snowdan Lawan. Sumber: Utusan Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program Sarawakku Sayang (SKS) Singgah di Sibu

    0
    SIBU (10 Julai): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Sibu petang tadi bersama konvoi motosikal dari Jambatan Batang...