More
    Home Sarawak Kuching 8 Tahun Kepimpinan Abang Jo membawa Sarawak ke arah negeri maju dan...

    8 Tahun Kepimpinan Abang Jo membawa Sarawak ke arah negeri maju dan berpendapatan tinggi

    KUCHING, 13 JANUARI 2025: Percaturan bijak yang diambil oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sepanjang lapan tahun menerajui Kerajaan Sarawak penting dalam membuka langkah baharu landskap politik dan pembangunan negeri ini.

    Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, Datuk Patinggi Abang Zohari memulakan karier beliau berdepan dengan dua cabaran besar termasuk kejatuhan Barisan Nasional (BN) di peringkat Kerajaan Persekutuan dan wabak COVID-19 yang begitu memberi kesan buruk kepada rakyat dan ekonomi Sarawak.

    “Pertama, dalam kepimpinan politik, Datuk Patinggi Abang Zohari berani dan yakin untuk mengetuai kepimpinan empat parti politik utama Sarawak untuk keluar dari BN dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

    “Dalam tempoh tiga tahun, Premier Sarawak berjaya menyatukan semua ahli dalam GPS untuk memahami falsafah politik baharu dan hala tuju masa depan di bawah kendaliannya dengan slogan ‘Sarawak First’.

    “Kekuatan GPS dan penyatuan yang mantap terbukti dengan kemenangan besar semasa Pilihan Raya Negeri 2021,” ujarnya menerusi satu kenyataan media, pada Isnin.

    YAB Premier ketika beramah-mesra bersama rakyat yang datang membuat permohonan SKAS di UTC-foto UKAS

    Datuk Abdullah menambah, sebagai langkah pemulihan ekonomi Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari telah memperkenalkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) selain dasar sumber kewangan negeri yang lain seperti ekonomi digital.

    “Inisitif ini telah membawa Sarawak berjaya memperkenalkan belanjawan tahunan yang semakin meningkat dengan peruntukan sebanyak RM15.8 bilion, menjadi belanjawan terbesar dalam sejarah,” katanya.

    Selain daripada itu, jelas Datuk Abdullah, Premier Sarawak turut mengambil langkah bijak untuk menstrukturkan rakyat yang inklusif dan dasar pembangunan infrastruktur dan kebajikan yang berteraskan luar bandar.

    “Keempat, komitmen dan dedikasi beliau ke arah menerima globalisasi dan mengguna pakai kejuruteraan alam sekitar terkini, tenaga baharu dan teknologi hijau.

    “Dan kelima ialah misi beliau ke arah membina modal insan yang berkualiti di kalangan anak muda Sarawak kepada generasi akan datang yang berpendidikan tinggi, berkemahiran tinggi, berinovatif dan berdaya saing.

    “Dasar pendidikannya yang ikhlas dan murah hati terbukti apabila beliau memperkenalkan sukatan pelajaran sekolah antarabangsa, bantuan kewangan untuk pelajar Sarawak, pendidikan tinggi percuma, dan pelbagai jenis biasiswa,” jelasnya-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    8 Tahun Kepimpinan Abang Jo membawa Sarawak ke arah negeri maju...

    0
    KUCHING, 13 JANUARI 2025: Percaturan bijak yang diambil oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg...