More
    Home Muzium Sarawak baharu dibimbangi berat kepada beberapa etnik sahaja kerana tafsiran konsultan Eropah

    Muzium Sarawak baharu dibimbangi berat kepada beberapa etnik sahaja kerana tafsiran konsultan Eropah

    KUCHING, 20 Februari 2019 (SNN)– Muzium Sarawak yang baharu dibimbangi berat kepada beberapa etnik sahaja kerana konsultan adalah dari beberapa negara Eropah.  Kebimbangan ini telah disuarakan dalam satu sesi pendampingan dengan pemegang taruh dari semua kaum etnik yang telah dianjurkan pada 20 Februari 2019 di Bandaraya Kuching.

    Selepas menunggu selama 160 tahun akhirnya Muzium Sarawak akan memiliki bangunan muzium kedua terbesar di Asia Tenggara menjelang tahun 2020. Apabila siap nanti berbagai-bagai kemudahan untuk mengurus koleksi artifaks, pameran dan pendidikan secara profesional dan bertaraf dunia akan dapat dilaksanakan akhirnya. Bagaimanapun konsultan Eropah dibimbangi akan mentafsirkan dari sudut pandangan yang cenderung kepada warisan kebudayaan eksotik.  Ini akan memberatkan kepada beberapa etnik dan meminggirkan beberapa etnik lain.

    Datuk Abdul Karim

    Perkara ini telah disentuh oleh YB Datuk Abdul Karim Abdul Rahman, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika merasmikan sesi pendampingan Jabatan Muzium Sarawak dengan semua persatuan etnik tentang bangunan muzium baharu tersebut pada 20 Februari 2019.

    Abdul Karim memaklumkan bahawa bangunan muzium baharu ini akan siap secara fizikalnya pada bulan Mac 2019 ini.  Bagaimanapun pengisian muzium yang terdiri dari galeri pameran tetap, galeri pameran sementara, galeri kanak-kanak hanya akan siap pada bulan September 2020 akan datang.

    Beliau berasa dukacita kerana muzium lama juga turut ditutup dalam masa yang sama selama dua tahun.  Oleh yang demikian tidak terdapat muzium utama di Bandaraya Kuching untuk para pelancong dan orang ramai selama dua tahun sedangkan tahun 2019 adalah tahun melawat Sarawak.

    Beliau menegaskan agar Jabatan Muzium Sarawak memanfaatkan kemudahan dan kelengkapan yang canggih untuk menjadikan muzium dan programnya bertaraf antarabangsa.  Dengan yang demikian muzium akan turut membantu memajukan industri pelancongan.

    Terdahulu dari itu Pemangku Pengarah Jabatan Muzium, Encik Suria Bujang menjelaskan sesi pendampingan dengan masyarakat adalah untuk mendapatkan ulasan dan pandangan tentang pengisian dan penceritaan muzium baharu itu.  Atas kesedaran bahawa sebagai penjaga warisan semua etnik di Sarawak maka adalah wajar pemilik warisan, iaitu masyarakat itu sendiri harus terlibat dalam pengisian muzium itu.

    Antara yang hadir adalah Datuk Jacob Ridu, pengerusi Heritage Society, Datu Lian Kim Hock, pengerusi Persatuan Pelancongan, Datu Dr. Sanib Said, sejarawan dan Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

    Muzium Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1860 dan bangunan khusus untuk muzium telah dibina pada tahun 1890 yang dikenali sebagai Muzium Etnologi.  Bangunan baharu telah mula dibina pada tahun 2014 dianggarkan menelan belanja sekitar RM300 juta.  Sebilangan besar konsultan adalah terdiri dari orang luar, khususnya Eropah yang menjadi tanda tanya walaupun warga tempatan juga layak dan mungkin lebih berkelayakan.

    Sebahagian dari peserta Sesi Pendampingan Muzium Sarawak

    Selepas sesi pembentangan beberapa orang tokoh telah membuat kritikan dan cadangan.  Jacob Ridu mendapati cadangan galeri pameran tetap tidak dilengkapi dengan teknologi terkini untuk memberikan maklumat tambahan artifak.  Sanib Said pula mengkritik pendekatan dan tafsiran galeri didapati dari sudut pandangan orang luar, khususnya Eropah.

    Beliau mendapati jalan cerita galeri dan artifak pameran adalah apa yang ingin dilihat oleh orang Eropah dan bukan apa yang ingin dipamerkan oleh kumpulan etnik yang merupakan empunya warisan budaya mereka sendiri.  Orang Eropah mentafsir dari kacamata eksotika sesuatu budaya tribal. Etnik yang mempunyai kebudayaan ketamadunan akan terpinggir.  Justeru itu dibimbangi muzium baharu ini akan berat kepada beberapa etnik tertentu sahaja.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...