More
    Home Sarawak Kuching 20 Ahli Parlimen dan ADUN terima geran UNIFOR bagi kawasan masing-masing

    20 Ahli Parlimen dan ADUN terima geran UNIFOR bagi kawasan masing-masing

    KUCHING, 11 DISEMBER 2024: Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) akan terus teguh melaksanakan tanggungjawabnya selepas peruntukan sebanyak RM110 juta diluluskan untuk tahun 2025.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, dana tersebut diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sebagai sebahagian daripada komitmen beliau sebagai ketua kerajaan negeri terhadap pembangunan inklusif untuk semua lapisan masyarakat pelbagai agama.

    “Ini adalah satu lagi manifestasi berterusan dasar keterangkuman sosial oleh Datuk Patinggi Abang Zohari,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran UNIFOR yang diadakan di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, pada Selasa.

    Timbalan Premier merakam gambar bersama Ahli Parlimen dan ADUN yang menerima geran UNIFOR

    Datuk Amar Douglas Uggah, yang juga Menteri Bertanggungjawab terhadap UNIFOR, telah menyerahkan 41 cek bernilai RM8.776 juta kepada 20 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta wakil mereka yang mana merupakan penyerahan akhir geran di bawah peruntukan UNIFOR untuk tahun ini sebanyak RM110 juta.

    Pada Rabu, Datuk Amar Douglas Uggah akan menyerahkan baki empat cek berjumlah RM800,000 kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk projek gereja di Lundu.

    “Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM9.576 juta dalam penyerahan akhir ini, yang akan memberi manfaat kepada 45 rumah ibadat di seluruh negeri, katanya sambil menambah bahawa untuk tahun ini, sejumlah RM90 juta telah diluluskan oleh UNIFOR bagi manfaat pembinaan atau pemulihan sebanyak 242 rumah ibadat”.

    Manakala baki RM20 juta, katanya, akan diperuntukkan untuk penyelenggaraan 120 sekolah mubaligh di seluruh negeri.

    Beliau juga merancang untuk menulis surat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, untuk memohon dana tambahan pada tahun depan.

    Antara yang hadir ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Datuk Snowdan Lawan; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak; Datuk Rosey Yunus dan Pengarah UNIFOR; Dato Georgina Apphia Ngau serta wakil yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...