More
    Home Malaysia 12 Masjid dan Surau dalam Daerah Sarikei terima sumbangan dari Speaker DUN...

    12 Masjid dan Surau dalam Daerah Sarikei terima sumbangan dari Speaker DUN Sarawak

    BINTANGOR, 04 OGOS 2024: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar telah menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid di dalam daerah Sarikei dalam satu majlis di Dewan Dayang Bai, Bintangor pada Sabtu.

    Sumbangan keseluruhannya berjumlah RM85,000 itu disampaikan kepada lima buah masjid yang masing-masing menerima RM10,000 manakala, tujuh buah surau pula setiap satunya menerima RM5,000.

    Pemberian ini bertujuan membantu jawatankuasa masjid dan surau melaksanakan pelbagai program untuk manfaat kariah dan komuniti di kawasan masing-masing.

    Speakaer DUN Sarawak ketika menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil dari masjid dan surau sekitar Sarikei-foto UKAS

    Tan Sri Datuk Amar Asfia berharap surau dan masjid dapat dijadikan sebagai satu pusat penyatuan masyarakat Islam sekali gus mengeratkan ukhuwah sesama mereka.

    Turut sama menerima sumbangan ialah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (Lakisri).

    Hadir sama, isteri kepada Speaker DUN Sarawak; Puan Sri Fatimah Mohamad Iskandar, Ahli Parlimen Tanjong Manis; Ir. Yusuf Abd Wahab dan Pemanca Yii Hie Sieng selaku wakil kepada ADUN Meradong; Datuk Ding Kuong Hiing.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...