More
    Home Malaysia Kekalkan tradisi kunjung-mengunjung setiap musim perayaan mampu bina sebuah masyarakat bertoleransi

    Kekalkan tradisi kunjung-mengunjung setiap musim perayaan mampu bina sebuah masyarakat bertoleransi

    BELAWAI, 17 APRIL 2024: Tradisi kunjung mengunjung semasa musim perayaan perlu dikekalkan dalam usaha memperkukuh perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

    Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, kerajaan amat menggalakkan budaya ini dikekalkan bagi memelihara hubungan baik antara kaum.

    Menurutnya, amalan kunjung-mengun­jung bukan sahaja bagi sambutan Hari Raya, malah bagi perayaan-perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina, Gawai, Krismas dan sebagainya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Riang Ria Aidilfitri Bersama Pemimpin anjuran Ranting PBB Kampung Belawai dan Pusat Khidmat Kuala Rajang serta Parlimen Tanjong Manis di Kampung Belawai pada Ahad lalu.

    Datuk Len merakam gambar bersama tetamu yang hadir pada majlis terbabit-foto UKAS

    Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang menegaskan, perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum yang sedia terjalin perlu dikekalkan sebagai pemangkinkemakmuran di negeri ini.

    Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Tanjong Manis; Yusuf Abd Wahab, Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis; Ismail Kasah serta tetamu jempitan lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...